Pound Dollar berada dalam dagangan tipis dan ‘ranging’ Jumaat lalu, selepas menjunam lebih 150 pips sehari sebelumnya. Paras tertinggi harian adalah sekitar 1.5458 dan terendah sekitar 1.5384; dengan kebanyakan pelabur, pengurus dana dan pedagang dilihat mengambil untung bagi menutup buku dagangan bulan Februari. Kadar tukaran GBP|USD yang telah jatuh lebih 2,100 pips sepanjang 6 bulan lalu, sudah tentunya digunakan sebaiknya oleh pemodal untuk menyuntik dana ke syarikat-syarikat Britain.
Ketika ini pasaran dilihat sedang bertukar arah ekoran komen Gabenor Mark Carney tentang “interest rate”. Jualan para pelabur dilihat ditutup bagi mengambil untung dan perkiraan selanjutnya adalah untuk membeli. Kenyataan presiden Feds Janet Yellen baru-baru ini dilihat akan mengekang permintaan untuk Dollar, dan hanya akan kembali semula lewat tahun ini, menurut Greg Anderson, Ketua Strategi FX di BMO Capital New York.
Hari ini United Kingdom dan Amerika Syarikat bakal melaporkan “manufacturing PMI” mereka. UK dijangka lebih baik, 53.5 berbanding 53.0 pada sebelumnya dan AS dijangka sedikit turun, 53.4 berbanding 53.5 pada sebelumnya. Keadaan ini dilihat memihak kepada Pound, dan sebarang kejatuhan nilai tukaran GBP|USD dilihat sebagai satu peluang belian.