Pound Dollar berada dalam dagangan “ranging” Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 90 pips, mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5098 dan terendah 1.5006; selepas data “manufacturing PMI” United Kingdom dilaporkan lebih baik dari jangkaan, 53.00 berbanding 52.60, disebabkan peningkatan eksport, ekoran kejatuhan nilai Pound. Dengan sentimen pasaran yang meragui perkembangan ekonomi dunia secara amnya, dan Euro-Zone yang berdepan dengan deflasi; Bank of England dijangka terus mengekalkan “interest rate”.
Pada masa yang sama, pilihanraya umum UK yang bakal menjelang pada May ini, menimbulkan kegusaran akan kemungkinan parlimen tiada majoriti; sekaligus menyebabkan para pelabur menjual Pound. Kegagalan Bank of England menaikkan “interest rate” seperti spekulasi pasaran, telah menyebabkan kejatuhan lebih 2,000 pips nilai tukaran GBP|USD sejak enam bulan lalu.
Dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari kedua-dua negara hari ini, pasaran dijangka terus “ranging” dan sebarang kenaikan nilai tukaran GBP|USD dilihat sebagai satu peluang untuk meneruskan penjualan. Walau bagaimanapun, sentimen NFP yang sedikit “bearish” untuk Dollar, dilihat memberi sokongan kepada Pound.