Emas terus menyusut hampir $20 untuk membuat paras terendah harian, sekitar $1,167.40 pada Jumaat lalu, sebelum menerima permintaan pada sesi pembukaan New York, apabila “manufacturing PMI” Amerika Syarikat keluar meleset dari jangkaan. Walau bagaimanapun pasaran adalah dalam dagangan tipis dengan pergerakan 10% dari purata range harian.
Harga emas yang telah merudum sejak awal 2014, dengan kejatuhan lebih 50% dari harga tertinggi yang hampir mencecah $1,921 pada September 2011; cuba bangkit kembali pada awal tahun lalu apabila harga jatuh dibawah kos produksi, namun gagal setelah pasaran dipenuhi dengan spekulasi kenaikan “interest rate” Amerika Syarikat. Federal Reserve dalam mensyuarat FOMC yang terakhir tahun lalu, menegaskan bakal menaikkan “interest rate” seawal April ini.
Pada masa yang sama, kejatuhan harga ini digunakan oleh bank-bank pusat pelbagai negara, seperti Russia dan China, untuk meningkatkan simpanan emas mereka. Russia yang mempunyai simpanan emas ke-6 terbesar dunia, dilaporkan telah meningkatkan simpanannya kepada 1,188 tan menjadikannya yang terbanyak sejak 1993.
China pula yang mempunyai simpanan rasmi yang dilaporkan kepada Majlis Emas Sedunia sebanyak 1,054.09 tan pada December lalu; dikatakan telah membeli emas secara rahsia melalui Hong Kong dengan menjual simpanan Dollarnya. China yang juga merupakan pemberi hutang terbesar kepada Amerika Syarikat, berdepan dengan simpanan Dollar Amerika dalam pelbagai bentuk, melebihi 3 trilion yang perlu dicairkan untuk pelbagai kegunaan bagi manfaat rakyatnya.