Dollar CAD melonjak lebih 85 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.2940 sebelum menutup sekitar paras 1.2915; setelah para pedagang Kanada mengambil peluang untuk membeli dolar pada kadar yang lebih murah. Pada masa yang sama, laporan sentimen pengguna AS yang melebihi jangkaan juga turut membantu sokongan belian dolar.
Sebelum daripada itu, “loonie” mencecah paras paling kukuh berbanding dolar AS dalam tempoh tiga bulan pada hari Khamis, didorong oleh jangkaan bahawa Federal Reserve AS mugkin boleh melambatkan kenaikan kadar pinjaman AS sehingga tahun depan. Namun, ucapan Pengerusi Federal Reserve Janey Yellen dalam mesyuarat FOMC September lalu, masih mengimbau pasaran bahawa beliau melihat kenaikan kadar pada tahun ini, adalah masih munasabah; sekaligus mendokong sentimen belian dolar AS pada kadar murah.
[adrotate group=”6″]
Penstabilan harga minyak, eksport utama Kanada, juga telah membantu ‘loonie’ mendapat pesanan belian. Mata wang Kanada itu telah menjadi sangat sensitif kepada penurunan harga minyak dunia sejak setahun lalu. Dolar Kanada masih turun 10.5% berbanding dolar AS sehingga kini; terkesan dari minyak murah dan dua penurunan kadar oleh Bank of Canada.