Dollar CAD terus memacu naik lebih 155 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3195 sebelum menutup sekitar paras 1.3170; setelah pasaran terus meminta Dollar berbanding matawang lain, ekoran kebimbangan yang berterusan dari kemelut pasaran kewangan global, terutamanya pasaran saham China yang kembali merudum, walaupun Bank Pusat China menjanjikan pelbagai ransangan bagi menjana ekonomi.
Pada masa yang sama, para pedagang terus cuba untuk memahami apa yang Bank of Canada akan dan boleh lakukan, untuk mengekang kemelesetan dan menjana semula ekonomi. Mungkin faktor terbesar yang melemahkan semula Loonie adalah semakan semula BoC untuk ekonomi Kanada; apabila pembuat dasar membuat keputusan untuk menurunkan ramalan pertumbuhan bagi 2016 dan 2017. Daripada anggaran awal mereka untuk perkembangan ekonomi sebanyak 2.3% pada tahun depan dan 2.6% pada tahun 2017; pegawai-pegawai Bank Pusat Kanada menurunkan angka ini kepada masing-masing hanya 2% dan 2.5% sahaja.
[adrotate group=”6″]
Pegawai BoC menegaskan bahawa susut nilai Dollar Kanada berbanding kebanyakan matawang lain baru-baru ini, telah dapat mengimbangi tekanan disinflasi. Walau bagaimanapun, mata wang tempatan yang lemah membuat barangan import agak lebih mahal. (cth: Apple Watch pada kira-kira 400 USD akan menjadi lebih mahal di Kanada apabila kadar tukaran USD/CAD didagangkan pada 1.3200 berbanding pada 1.2900) Keadaan ini boleh mendorong pasaran tempatan untuk menaikkan harga, sekaligus menambah inflasi.