Dollar CAD terus menyusut sekitar 100 pips Khamis semalam, dari paras tertinggi sekitar 1.2655 ke serendah 1.2555; sebelum menutup pada sekitar 1.2557, sekaligus meletakkan kadar tukaran USD|CAD di bawah pivot bulanan – sekitar 1.2640 dan dibawah pivot hari ini – sekitar 1.2590 ketika artikel ini ditulis.
Di pasaran komoditi, minyak mentah terus kekal di atas pivot bulanan – sekitar $47.35 setong dan telah meningkat harga selama 2 minggu berturut-turut. Uptrend di carta harian terus kukuh dengan pembatalan pada sekitar $47 setong. Harga minyak mentah yang mula menstabil, sedikit sebanyak membantu sokongan belian untuk “loonie” walaupun Kanada bukanlah anggota OPEC.
Dengan pasaran Kanada yang bercuti hari ini, pasaran matawang dijangka dalam dagangan tipis dengan hanya Amerika Syarikat yang bakal melaporkan data NFP yang dijangka meleset dari 295 ribu kepada 244 ribu tambahan pekerja. Kadar pengangguran AS dijangka stabil pada 5.5%
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni