Dollar Yen yang menyusut lebih 60 pips sepanjang sesi Asia Khamis semalam, kembali memacu naik lebih 140 pips sepanjang sesi Eropah, sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras 119.35; selepas Dollar kembali mendapat permintaan terkesan dari data “unemployment claims” AS yang dilaporkan lebih baik dari jangkaan, pada 262 ribu pemohon berbanding 290 ribu dan 295 ribu pada sebelumnya.
Di pasaran Amerika Syarikat Rabu lalu, data menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat – pasaran eksport utama Jepun – hampir terhenti pada suku pertama. Satu kenyataan daripada Federal Reserve berkata kelembapan mungkin sementara, tetapi masih mencadangkan sebarang kenaikan “interest rate” bukanlah dalam masa terdekat. Para penganalisis menjangka September atau December adalah masa yang lebih berkemungkinan berbanding Jun ini.
Di pasaran Jepun pula, ramai pegawai Bank of Japan menjadi berhati-hati mengenai langkah-langkah ransangan tambahan, yang boleh melemahkan Yen secara berlebihan dan menjejaskan kestabilan “interest rate” dalam jangka masa panjang. Tetapi dengan pertumbuhan inflasi yang mungkin jatuh ke dalam wilayah negatif pada 6 bulan pertama tahun ini, BoJ dengan berhati-hati akan mempertimbangkan kesan kepada jangkaan inflasi orang ramai.
Pengeluaran perindustrian Jepun jatuh 0.3% pada bulan Mac, jauh meleset dari penurunan 2.3% yang telah diramalkan dalam bancian Reuters. Pada bulan April tahun 2013, Bank of Japan melancarkan program Quantitative Easing (QE) besar-besaran, yang kemudiannya berkembang untuk membeli ¥80 trilion nilai aset setahun, sebagai sebahagian daripada Abenomics – satu siri langkah-langkah dasar yang diumumkan di bawah Perdana Menteri Shinzo Abe untuk menjana ekonomi negara matahari terbit itu.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni