Dollar Yen meningkat lebih 30 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 120.10 sebelum menutup sekitar paras 119.90; selepas pengumuman angka imbangan perdagangan Jepun. Eksport ke Amerika Syarikat meningkat lebih daripada 10% pada bulan September, dengan kekuatan dalam jualan kereta dan farmaseutikal. Penghantaran ke Eropah pula maju 5.1% manakala eksport ke China menurun 3.5%.
Defisit perdagangan Jepun bagi bulan September adalah sebanyak ¥114.5 bilion ($955 milion), berbanding dengan jangkaan lebihan sebanyak ¥87 bilion. Pertumbuhan eksport tahunan Jepun merangkak perlahan pada September lalu, apabila kejatuhan jualan di China mengurangkan jumlah penghantaran; sekaligus meningkatkan kebimbangan bahawa permintaan luar negara yang lemah, mungkin telah menolak ekonomi Jepun kembali ke dalam kemelesetan.
[adrotate group=”6″]
Data Kementerian Kewangan Jepun menunjukkan eksport meningkat hanya sekitar 0.6% pada tahun ini sehingga September, berbanding kenaikan 3.4% yang dijangka oleh ahli ekonomi dalam tinjauan Reuters. Itu adalah pertumbuhan yang paling perlahan sejak Ogos tahun lepas, selepas kenaikan 3.1% pada sebelumnya. Yen yang lemah membantu meningkatkan nilai eksport, tetapi dagangan susut 3.9% dan ianya adalah penurunan bulan ketiga berturut-turut.