Dollar Yen yang memacu naik lebih 45 pips sepanjang sesi Asia Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekiar 123.25, kembali susut sepanjang sesi Eropah untuk menutup sekitar 122.80, lebih rendah dari pembukaan; setelah pasaran Jepun bercuti dan Dollar memacu terkesan dari permintaan untuk matawang ‘safe-haven’ dan komen daripada ahli Federal Reserve AS. Peningkatan dalam Dollar membantu meyakinkan Federal Reserve supaya tidak menaikkan kadar sehingga sekurang-kurangnya Disember ini, juga menyokong tanggapan bahawa ia akan menjadi jalan yang tidak mudah.
Dollar AS meningkat ke paras tertinggi dalam 12 tahun bulan ini, menurut indeks Feds yang dicipta untuk mengesan kekuatan mata wang AS berbanding rakan perdagangan terbesarnya. Kenaikan tersebut datang kebanyakannya kesan daripada pengeksport utama termasuk Eropah dan China. Dollar AS terus teguh berbanding sekumpulan enam mata wang utama, dibantu oleh kelemahan euro. Indeks Dollar mencecah paras tujuh bulan tertinggi sekitar 100.05 sebelum menutup sekitar 99.80 Isnin semalam.
[adrotate group=”6″]
Dollar AS bertambah kukuh bulan ini, selepas data pekerjaan AS yang memberansangkan, mengukuhkan jangkaan bahawa Feds akan menaikkan kadar pada bulan Disember depan. Presiden Feds San Francisco John Williams berkata Sabtu lalu, bahawa terdapat “kes yang kuat” untuk menaikkan kadar apabila pembuat dasar Feds bertemu bulan depan, selagi mana data ekonomi AS tidak mengecewakan.