Yen kembali mendapat permintaan berbanding Dollar Selasa semalam, apabila kadar tukaran USD|JPY menjunam lebih 120 pips, dari paras tertinggi harian sekitar 118.65; selepas data berimpak tinggi “durable goods orders” Amerika Syarikat dilaporkan jauh meleset dari jangkaan. “Durable good orders” keluar pada -3.4% berbanding jangkaan 0.5%, dan laporan sebelum ini juga dikemaskini lebih rendah kepada -2.1%
Walau bagaimanapun, selepas itu “new home sales” dilaporkan lebih baik dari jangkaan, 1.03 juta berbanding 450 ribu. Penambahan sebanyak 580 ribu buah rumah baru, yang dijual pada bulan lepas menunjukkan ekonomi AS yang bertambah baik. “Consumer confidence” juga meningkat kepada 102.9 berbanding 95.10 jangkaan dan 93.10 sebelumnya.
Di Jepun pula, defisit dagangan negara matahari terbit itu, dilaporkan bertambah buruk dengan pertambahan ke paras tertinggi dalam sejarah, 12.8 trilion Yen pada tahun lepas. Kejatuhan nilai Yen menyebabkan kos import meningkat sebanyak 5.7% atau 85.9 trilion Yen; berbanding peningkatan eksport sebanyak 4.8% atau 73.1 trilion Yen.
Tiada sebarang data ekonomi dari Jepun yang bakal dilaporkan hari ini, dan dengan mesyuarat FOMC yang bakal berlangsung pada lewat petang New York nanti, atau awal pagi Khamis waktu Malaysia; Dollar dilihat bakal kembali menguasai pasaran, melainkan Feds membuat pengumuman yang mengejutkan pasaran.
Belajar analisa fundamental cara MoshedFX, dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex di sini – Klik Sini