Dollar Yen membuka dengan lebih 80 pips ‘gap-down’ pada sekitar 121.90 hari ini, selepas menyusut lebih 50 pips Jumaat lalu; apabila matawang ‘safe-haven’ Yen mendapat tambahan permintaan ekoran pasaran yang mula menumpukan perhatian dan memberi tindak balas terhadap referendum Greece semalam. Sekitar 7 pagi waktu Malaysia, undian “no” mendahului pada 61.3% berbanding “yes” pada 38.3%
Walaupun Greece kekal menjadi tajuk perbualan utama, perhatian kembali ke data AS dan potensi untuk kenaikan “interest rate” pada akhir tahun ini, apabila data pekerjaan penting, NFP dilaporkan. Angka ramalan pasaran yang tinggi meleset, dengan 223 ribu pekerjaan diwujudkan pada bulan Jun, di bawah bacaan 254 ribu pada Mei dan jangkaan 233 ribu.
Tambah mengecewakan, berita pertumbuhan gaji AS juga meleset walaupun kadar pengangguran turun kepada 5.3% daripada 5.5%. Hari ini data berimpak tinggi “ISM non-manufacturing PMI” Amerika Syarikat yang dijangka bertambah baik dari 55.7 kepada 56.5 bakal dilaporkan. Tiada sebarang data berimpak tinggi dari Jepun hari ini.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni