Minggu lepas menunjukkan minggu yang mengecewakan buat matawang US Dollar melihatkan berlakunya sell off melawan matawang utama lain.
US Dollar dilihat menurun ke paras terendah beberapa minggu sebelum melawan GBP, JPY, CHF dan CAD.
Kerugian yang dialami adalah sebanyak 2% melihatkan downtrend yang sangat ketara.
USD/JPY & USD/CAD adalah 2 pasangan matawang yang paling ketara menurun, dalam chart daily USD tidak sedikitpun menguat sehinggalah pada jumaat.
EUR/USD pula meninggi tanpa sebarang correction sehinggalah jumaat juga.
Walaupun ekonomi Amerika Syarikat dilihat dalam keadaan positif dan satu satunya Bank yang tidak berada dalam mod pelonggaran, pelabur-pelabur mahukan lebih daripada itu.
Bulan lepas melihatkan US Dollar menguat setelah data NFP positif dan komen Fed yang hawkish memungkinkan kenaikan rate tahun ini.
Namun setelah kejutan daripada laporan jualan runcit iaitu menurun ke paras 0.0%, pelabur mula skeptikal dengan keadaan ini menyebabkan US Dollar melemah dan menjangkaka tiada kenaikan interest rate tahun ini.