Eur/Usd menguat sedikit dalam dagangan hari ini dan didagangkan di paras 1.0444 semasa artikel ini ditulis. Pasangan matawang ini jatuh berikutan penguatan US dolar dalam penetapan kadar The Fed pada Khamis.
Eur/Usd jatuh hampir 300 pip sejak Khamis dan merekodkan paras terendah di 1.0365. Paras harga ini merupakan nilai terendah sejak Mac 2015.
Resistance ketika ini berada di paras 1.0500 yang telah ditembusi dalam sesi Khamis. Selagi harga berada di bawah paras ini dan bergerak tidak terlalu jauh dari paras terendah yang direkodkan semalam (1.0365), Eur/Usd dilihat cenderung untuk terus bergerak ke bawah. Sasaran seterusnya jika harga bergerak ke bawah adalah paras Big Round Number (1.0000).
Jika Eur/Usd meneruskan kenaikan perhatikan pergerakan harga (price-action) di level fibo 38.2% (1.0482) yang juga berdekatan dengan resistance (1.0500). Jika kedua-dua resistance ini berjaya dilepasi, harga perlu melalui level 50% (1.0518) dan seterusnya level 61.8% (1.0554).
Kalendar ekonomi yang dikeluarkan bagi passangan matawang ini adalah harga pengguna (CPI) Zon Eropah yang mencatatkan 0.6% sama seperti yang dicatatkan pada bulan sebelum dan jangkaan penganalisis.
Malam ini data dari US dijangkakan akan memberi kesan pergerakan kepada US dolar berikutan laporan permit bangunan di US bulan lepas. Jangkaan bagi data ini ialah 1.24 juta dan jika bacaan sebenar malam ini lebih tinggi akan menguatkan US dolar. Data ini akan dikeluarkan pukul 9.30 malam ini.