Harga emas terus jatuh untuk hari kedua Isnin semalam, lebih $32.20/oz untuk ke paras terendah harian sekitar $1,202.10/oz sebelum menutup sekitar paras $1,208.55/oz; setelah pemulihan dalam pasaran saham dan pengambilan untung dari China selepas Tahun Baru. Sebelum daripada itu, logam berharga tersebut telah meningkat ke paras tertinggi dalam setahun sekitar $1,260.60 pada Khamis lalu; terkesan dari kegawatan dalam pasaran ekuiti global yang mencetuskan permintaan aset ‘safe-haven’ bersama-sama dengan Yen Jepun dan Bon Perbendaharaan AS.
Di pasaran niaga hadapan, emas menurun sebanyak 2.2% kepada sekitar $1,212.20/oz. Harga spot perak dan kontrak niaga hadapan perak jatuh 3%, mengikuti logam kuning. “Emas jatuh lebih rendah kerana lantunan baik dalam pasaran ekuiti dan jualan di pasaran China,” menurut seorang trader yang berpangkalan di Sydney. “Terdapat beberapa pengambilan untung, tetapi bukanlah dalam jumlah yang besar.” tambah beliau lagi.
[adrotate group=”6″]
SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa bersandarkan emas, jatuh 0.71% kepada 710.95 tan pada Jumaat lalu, selepas kenaikan harga mendadak mendorong pengambilan untung. “Jika pasaran kewangan terus stabil, emas mungkin akan membuat pembetulan lanjut,” kata seorang penganalisis HSBC dalam satu nota kepada pelanggan.