Harga emas melonjak lebih $31/oz Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1269.63/oz sebelum menutup sekitar paras $1,265.61/oz; setelah pasaran menilai semula keputusan kadar dan kenyataan mensyuarat FOMC yang terbaru. Pada masa yang sama, laporan GDP Amerika Syarikat yang meleset dari jangkaan semalam, membuatkan spekulasi kenaikan kadar pada Jun hilang kepercayaan.
Sebelum daripada itu, emas telah meningkat sekitar 1% dalam tiga sesi dagangan. Harga mencapai lebih $1,250/oz, sebelum susut semula selepas kenyataan mesyuarat FOMC. Kenyataan tersebut secara umumnya mencerminkan kenyataan yang sama pada mesyuarat bulan Mac lepas, dimana Jawatankuasa Penetapan Kadar menyatakan tentang pemulihan dalam pasaran pekerjaan tetapi bimbang dengan petumbuhan ekonomi yang kembali perlahan.
[adrotate group=”6″]
Namun pada mesyuarat kali ini, FOMC tidak menyatakan tentang risiko kelembapan ekonomi dan kegawatan pasaran kewangan global seperti yang diperkatakan dalam mesyuarat Mac lalu. Ini menyebabkan ramai penganalisis menjangka kemungkinan kenaikan kadar pada Jun, ekoran Feds yang menukar rancangan untuk hanya menaikkan kadar sebanyak dua kali pada tahun ini, berbanding empat kali seperti rancangan awal pada bulan Disember tahun lepas. Kenaikan seterusnya dijangka pada Disember tahun ini.
Menurut CME FedWatch Group, kini terdapat 23% kemungkinan Feds akan menaikkan kadar pada Jun, berbanding 21% pada sebelum mesyuarat awal pagi semalam. Kontrak hadapan untuk kadar jangka pendek AS menurun sebelum mesyuarat, tetapi meningkat semula selepas itu dengan pergerakan harga yang mencerminkan Feds akan menanti sehingga September untuk menilai akan keperluan menaikkan kadar. Laporan GDP suku pertama 2016 semalam, yang jatuh dari 1.4% kepada 0.5%, meleset dari jangkaan 0.7%, juga melemahkan spekulasi kenaikan kadar pada Jun ini.