Antara kebanyakan matawang utama, yang menjadi tumpuan adalah Australian Dollar melihatkan mesyuarat dasar kewangan pada pagi jumaat nanti.
Dalam mesyuarat RBA lalu, kedengaran idea-idea untuk melonggarkan dasar kewangan.
Walaupun begitu, ia hanya bergantung kepada data yang bakal dilihat.
Data yang dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut agak baik seperti harga pengguna yang meningkat, pertumbuhan pekerjaan sepenuh masa yang positif dan keyakinan bisnes yang semakin baik serta kadar penglibatan yang meningkat.
Namun dilihat buat RBA data-data ini masih lagi akan dinantikan dan ketidakpastian RBA akan melonggarkan dasar kewangan agak tinggi.
Selain daripada RBA, angka PMI China juga akan memberi kesan kepada AUD.