Bank of England hari ini mengeluarkan kenyataan mereka tidak melihat bukti yang kukuh mengenai ekonomi United Kingdom dalam keadaan yang tidak baik disebabkan Brexit.
Ejen serantau central bank yang berpusat di pejabat Bank of England di Britain berkata ketidakpastian bisnes memang berlaku namun bukti pengguna kurang berbelanja tidak dapat dilihat.
Tambahnya lagi, “Kebanyakan daripada firma tidak menjangkakan kesan Brexit akan berlaku dalam tempoh terdekat. Namun akan ada kesan negatif yang mungkin akan dilihat 12 bulan kemudian.”
Data yang dikeluarkan pada jam 4:30 petang tadi iaitu kadar pengangguran menurun sebanyak 0.1% dan claimant count juga dalam keadaan baik.
Ini sekaligus menguatkan GBP/USD yang didagangkan pada harga tertinggi sebanyak 1.3131.