Minggu lepas adalah minggu yang paling menakutkan buat matawang US Dollar. US Dollar didagangkan dengan sangat rendah melawan matawang utama lain terutamanya matawang Japanese Yen dan New Zealand Dollar.
USD/JPY menjunam daripada paras harga 105.60 ke harga 102 setelah Bank of Japan mengeluarkan kenyataan yang sederhana mengenai perangsang ekonomi.
Dengan ekonomi yang makin merosot dan Yen yang semakin menguat, pelabur yakin bahawa BoJ akan mengeluarkan kenyataan yang sangat kuat.
Walaubagaimanapun, central bank Jepun hanya akan melakukan belian ETF dan peminjaman dengan kadar yang sedikit.
BoJ juga menyangkal jangkaan orang ramai dengan tidak memotong interest rate, tidak meningkatkan pembelian bond malah tidak menunjukkan minat dalam penggunaan wang helikopter.
Ini sekaligus menyebabkan Yen terbang menguat.
Apa yang dinantikan adalah mesyuarat seterusnya BoJ pada September nanti dan adakah BoJ akan mengambil keputusan yang lebih lemah atau kuat berbanding bulan ini?
Rabu akan datang, Abe akan mengumumkan pakej perangsang ekonomi baru dan ramai melihat akan berlakunya rebound USD/JPY.
Namun jika bajet tambahan hanyalah kecil, ia akan mengecewakan para pelabur dan USD/JPY mungkin akan mencari harga 100.
Antara yang menyebabkan matawang Greenback melemah adalah laporan ekonomi Amerika Syarikat yang mengecewakan.
Pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat dalam suku tahun kedua hanya berkembang sebanyak 1.2%, dan rendah berbanding yang dijangkakan iaitu sebanyak 2.5%.
Minggu akan datang melihatkan mesyuarat Reserve Bank of Australia dan Bank of England akan membincangkan dasar kewangan.
Manakala Amerika Syarikat akan sibuk dengan laporan NFP pada jumaat nanti.