Sebelum belajar teknik ajaib, baca kata-kata Jack Ma ini dan juga ketahui cara memilih gaya trading jika bekerja 9-5 setiap hari.
Ramai di antara trader yang sudah trade bertahun lamanya namun tetap masih belum berjumpa dengan rentak yang betul.
Kenapa?
Sebabnya adalah kerana ramai dalam kalangan trader, mencari teknik langit ketujuh yang kalau in-position confirm untung.
Apa yang membahayakan daripada perilaku ini adalah, setiap kali keluar teknik baru, dia akan beli ebook, masuk kelas untuk belajar sesuatu yang baru.
Dan lagi menakutkan adalah apa yang dipelajari sebelum itu, terutama perkara asas ditinggalkan begitu sahaja.
Jadi, sampai bila-bila akan jadi trader newbie padahal yang sudah dipelajari masih belum dikuasai lagi.
Tiap kali ada teknik yang namanya sangat catchy seperti Teknik Tikaman Berdarah Memancung, berduyun-duyun trader mula tak senang duduk nak belajar teknik “Holy Grail” ini.
Dan apabila yang sebelum ini tidak dikuasai dengan baik, jadinya pencapaian pembelajaran tidak mencapai tahap100% dan apabila belajar teknik baru sudah tentulah akan bermula dengan O.
10 teknik baru, 10 kali jadi newbie. Sampai bila nak jadi newbie?
Pilih satu gaya atau teknik trading yang sesuai, yang memang ada dalam Analisa Teknikal asas, gunakannya sehingga menjadi.
Jadi teknik yang diperlukan adalah teknik memilih perkara asas dalam Analisa Teknikal dan penguasaannya.