US Dollar hari ini didagangkan rendah mendekati paras terendah mingguan melawan matawang utama lain berikutan laporan ekonomi Amerika Syarikat yang lemah.
Indeks US Dollar melihatkan harga yang didagangkan adalah pada 95.6, tidak jauh daripada harga terendah jumaat lalu iaitu 95.19.
Data yang dikeluarkan hari ini menunjukkan aktiviti bisnes pembuatan menurun pada bulan ini.
Indeks Pembuatan Empire State menjunam daripada 0.55 ke paras -4.2.
Laporan ini sekaligus memberi kebimbangan ke atas ekonomi Amerika Syarikat setelah kelemahan pada laporan jualan runcit dan harga pengguna jumaat lalu.
Kelemahan ekonomi ini juga menambah ketidakpastian sama ada Bank Negara US akan menaikkan interest rate atau tidak tahun ini.
EUR/USD didagangkan pada harga 1.1178 manakala USD/JPY menurun ke paras harga 101.13.
GBP/USD menurun ke harga 1.2877.