China adalah rakan dagang terbesar Australia. Apabila laporan Chinese Manufacturing PMI dikeluarkan baru-baru ini, agak menarik apabila Australian Dollar tidak menunjukkan reaksi yang ketara kepada khabar kurang enak dari China.
Chinese Manufacturing PMI kali ini adalah pada 50.00, seperti yang telah dijangkakan jika dibandingkan dengan pengumuman pada May iaitu 50.1. Bacaan atas 50 menunjukkan perkembangan manakala sebaliknya menunjukkan kemerosotan.
Tidak lama kemudian, Caixin PMI menunjukkan bacaan 48.6 untuk bulan Jun, lebih teruk dari jangkaan awal pada 49.2. Bacaan ini adalah terendah bagi private sektor pembuatan sejak Februari tahun ini. Menariknya, Australian Dollar hanya spike ke bawah dan kembali menguat.
Sebarang berita negatif dari China secara automatik akan menggugat Australia juga disebabkan status rakan dagang terbesar mereka. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan Reserve Bank of Australia bertindak balas dengan easing.
Buat masa ini, traders lebih banyak memilih untuk berdiam diri seketika selepas keputusan Brexit baru-baru ini telah mengegarkan pasaran. Selain menunggu RBA rate decision tidak lama lagi, traders juga tertunggu-tunggu bagaimana UK referendum dan efek kepada pasaran secara meluas akan mengubah monetary policy.
Baca artikel di bawah untuk memantapkan trading skill anda!