Ucapan Janet Yellen di Jackson Hole yang dinanti-nantikan adalah esok dan US Dollar didagangkan tinggi pada sesi New York semalam.
Matawang Greenback didagangkan lebih tinggi melawan matawang utama seperti Euro, JPY, CHF, CAD dan AUD.
Ini berlaku setelah Persatuan Ejen Hartanah Kebangsaan mengeluarkan laporan jualan rumah sedia ada yang menurun buat kali pertama sejak Februari.
Indeks jangkaan kenaikan interest rate tidak berubah banyak dengan 52% untuk berlakunya kenaikan pada Disember nanti.
Prestasi Greenback dilihat bercampur apabila EUR/USD turun manakala GBP/USD naik pada minggu ini.
USD/JPY pula naik ke paras 100.60 namun gagal untuk close atas daripada harga 100.50. Keadaan pasangan matawang yang sideway ini boleh dilihat sebagai mencari bottom ataupun untuk kembali rally.
Daripada pelarian menjadi billionaire – Klik sini untuk baca