Yen kini bergerak stabil selepas data harga pengeluar dicatat positif sementara pasaran masih mencerna pertukaran tampuk pimpinan yang sedang berlaku di AS. Selain itu, tumpuan juga diberikan kepada mesyuarat Fed kerana pasaran menjangkakan aka nada kenaikan kadar diumumkan dalam mesyuarat tersebut.
USD/JPY didagang stabil dalam sesi Asia, manakala AUD/USD melonjak sebanyak 0.05%.
DI Jepun, data PPI dikeluarkan sama seperti yang dijangkakan dengan penurunan sebanyak 0.1%.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang Greenback juga kali terakhir didagang pada 98.79.
Semalam, US Dollar terus dinilai tinggi dalam tempoh 2 minggu selepas data tuntutan awal pengangguran AS terus meyakinkan pasaran. Dalam masa yang sama, kejutan pemilihan Trump sebagai Presiden baru AS juga masih dicerna oleh kebanyakan pelabur.
Jabatan buruh AS berkata, bilangan individu yang memfailkan manfaat penagngguran awal juga menurun sebanyak 11,000 kepada 254,000.
US Dollar mula pulih dan mengukuh selepas pelabur mula mencerna kesemua polisi Trump selepas beliau berjanji untuk membangunkan ekonomi Amerika Syarikat dalam ucaptama beliau selepas menang tipis terhadap calon Demokrat, Hillary Clinton.
Donald Trump : Kesan Kepada Ekonomi Malaysia