Dollar CAD terus merudum Selasa semalam, lebih 165 pips untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.2630 sebelum menutup sekitar paras C$1.2670; setelah harga minyak terus melonjak apabila penjawat awam sektor minyak dan gas Kuwait melancarkan mogok tiga hari dalam usaha menuntut pembatalan pemotongan gaji dan manfaat pekerjaan, sekaligus memberikan sokongan belian untuk Loonie.
Sebelum daripada itu, CAD dan harga minyak membuka dengan ‘gap-down’ selepas rundingan kerjasama OPEC di Doha, Qatar gagal mencapai persetujuan untuk menghadkan pengeluaran. Arab Saudi yang bertegas mahu Iran turut serta dalam kerjasama tersebut, menangguhkan perjanjian dalam mesyuarat yang baru sahaja bermula pada pagi Ahad lalu. Sebelum ini, Arab Saudi berkata bersama Russia, bahawa perjanjian akan diteruskan walaupun tanpa Iran.
[adrotate group=”6″]
Craig Jerusalim, seorang pengurus portfolio di CIBC Asset Management berkata bahawa kegagalan rundingan di Doha bersifat sementara, dan harga minyak mungkin jatuh buat beberapa waktu sebelum memacu naik ke paras yang lebih tinggi.
Hari ini Kanada bakal melaporkan data jualan borong bulan Februari yang dijangka merudum daripada sifar kepada 0.4% dibawah sifar; manakala Amerika Syarikat pula bakal melaporkan jualan rumah sedia ada yang dijangka meningkat dari 5.08 juta kepada 5.29 juta unit dan inventori minyak mentah yang dijangka bertambah sebanyak 2.2 juta tong berbanding pertambahan sebanyak 6.6 juta tong minggu lepas.