Dollar CAD berada dalam dagangan tidak menentu Isnin semalam, selepas membuka dengan ‘gap-down’ untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.2648 sebelum memacu naik ke paras tertinggi harian sekitar C$1.2716, dan kemudiannya susut untuk menutup sekitar paras C$1.2676; setelah pasaran komoditi minyak terumbang-ambing dan para pelabur yang bersedia untuk mesyuarat FOMC dan Bank of Japan pada minggu ini.
Menurut Reuters terdapat tanda-tanda kenaikan selama 3 bulan lalu dalam pasaran saham dan komoditi kini mula perlahan, menjelang keputusan kadar Federal Reserve AS pada awal pagi Khamis dan mesyuarat Bank of Japan kemudiannya bermakna terdapat sedikit insentif untuk para trader untuk menjadi aggresif. Spekulasi pasaran berlegar bahawa ada kemungkinan Feds akan membuat kejutan positif. Dollar tidak benar-benar kukuh dan S&P500 pula telah kembali ke paras tertinggi, jadi Feds pasti boleh menguji pasaran.
[adrotate group=”6″]
Dalam pada itu, akhbar Globes melaporkan bahawa Dollar Kanada telah meningkat sejak kebelakangan ini, melebihi unjuran kenaikan harga mereka sendiri selepas matawang Kanada itu dibiarkan mati tiga bulan lalu. Dengan Loonie yang semakin hampir kepada 80 sen AS, ia adalah masa untuk menganalisa semula.
Malam ini Gabenor Bank of Kanada bakal berucap dalam persidangan pasaran saham Kanada-AS di New York, dan beliau berkemungkinan memberikan pandangan terhadap jalinan ekonomi Kanada-AS pada masa depan. Amerika Syarikat pula akan melaporkan keyakinan pengguna yang dijangka menurun dari 96.2 mata kepada 95.8 mata.