Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh di dalam kejadian letupan di sebuah konsert di Manchester pada Isnin ketika menghadiri konsert penyanyi Ariana Grande. Dua orang pegawai AS memaklumkan bahawa penyerang berani mati disyaki mati di dalam letupan berkenaan.
Polis British juga memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 50 orang cedera di dalam tragedi terbabit.
Menurut polis yang bertugas, mereka telah bertindak balas kepada laporan letupan tersebut pada jam 22:35 (2135 GMT) di Manchester Arena yang boleh memuatkan kira-kira 21,000 orang termasuk kanak-kanak.
Jika insiden ini disahkan sebagai serangan pengganas, ia akan menjadi serangan paling dahsyat di Britain sejak yang berlaku pada Julai 2005.
Insiden itu juga dikatakan berlaku dua setengah minggu menjelang pilihanraya Presiden yang meramalkan majoriti undian bakal berpihak kepada Theresa May.
Menurut salah seorang saksi yang menghadiri konsert tersebut berkata dia mendengar satu letupan yang agak kuat memandangkan dia meninggalkan arena lebih awal, diikuti oleh suara jeritan dan kekecohan oleh beribu-ribu orang yang cuba untuk melarikan diri dari bangunan.
Jurucakap Ariana Grande juga memaklumkan bahawa penyanyi tersebut dalam keadaan stabil.
Manchester Arena merupakan arena tertutup yang terbesar di Eropah dan telah dibuka semenjak tahun 1995 serta sering menjadi tempat tumpuan bagi sebarang konsert mahupun aktiviti sukan.
Tragedi di Manchester : Kemana Hala Tuju Matawang Utama Pagi Ini?