Data pekerjaan UK yang dikeluarkan pukul 4.30 petang tadi dianggap sebagai bercampur-campur. UK claimant count begitu lemah dengan tuntutan faedah pengangguran yang meningkat sebanyak 25,500 orang pada Mac dari 6,100 yang dilaporkan sebelum ini. Jangkaan bagi data kali ialah pengurangan jumlah tuntutan sebanyak 10,200 tuntutan.
Kadar pengangguran masih lagi kekal di paras 4.7% dalam jangka masa tiga bulan sehingga Februari dan kali terakhir kadar ini di bawah paras 4.7% adalah pada Ogos 1975.
Secara keseluruhan jumlah pekerjaan meningkat 16,000 dalam tempoh tiga bulan ke paras tertinggi.
Peningkatan tahunan pendapatan purata kekal di paras 2.3% berbanding jangkaan kenaikan hanya 2.1%.
Data pendapatan akan kekal penting kepada jangkaan kadar faedah Bank of England (BoE). Data kali ini sudah tentu akan memberi tekanan kepada BoE khususnya dengan kenaikan purata pendapatan kali ini.
Walaupun data pendapatan sedikit kukuh daripada jangkaan, trend keseluruhan dalam data ini masih lagi belum meyakinkan dan tidak cukup kuat untuk menambah tekanan kepada pengetatan polisi monetari.
Matawang Gbp menguat sedikit selepas data ini dikeluarkan pukul 4.30 petang tadi, dengan Gbp/usd naik hampir dengan 1.2500. Ketika ini pasangan matawang ini masih stabil di sekitar harga tersebut.