Purchasing Managers’ Index (PMI) di China terus mencatatkan pengembangan bagi bulan Januari sekali gus menunjukkan bahawa ekonomi tanah besar tersebut telah menunjukkan tanda-tanda untuk kembali stabil.
Indeks PMI bulan Januari menurun sedikit kepada 51.3 berbanding 51.4 pada bulan Disember lalu. Namun begitu, menurut ramalan Reuters angka tersebut lebih baik dari jangkaan iaitu sebanyak 51.2.
Bacaan yang melebihi nilai 50 menunjukkan isyarat pengembangan ekonomi di dalam sesebuah negara dan sebaliknya.
Angka rasmi ini lebih merujuk kepada syarikat-syarikat besar di China. Namun begitu, data Caixin PMI merujuk kepada firma kecil dan sederhana. Data Caixin ini bakal dikeluarkan pada 3 Februari ini selepas China bercuti panjang sempena Tahun Baru China.
Data rasmi non-manufacturing PMI pula mencatat bacaan sebanyak 54.6 berbanding 54.5 bagi bulan Disember yang lalu.
Tidak akan Wujud “London Baru” Selepas Britain Meninggalkan Kesatuan Eropah! : Philip R. Lane