Data inflasi keutamaan Fed iaitu Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (Personal Consumption Expenditure, PCE) tidak berubah pada Jun di paras 0.1%. Manakala bacaan tahunan jatuh kepada 1.4% dari 1.5% sebelum ini berikutan harga tenaga yang terus menekan indeks ini.
Bacaan Core-PCE juga tidak berubah pada Jun dan juga sejajar dengan jangkaan pasaran. Bacaan tahunan tidak berubah dari 1.5%.
Dengan data-data sebelum ini juga di bawah jangkaan dan kurang memberangsangkan, di mana ia memberi keraguan kepada pasaran sama ada Fed dapat mencapai sasaran 2% dalam beberapa bulan akan datang.
Walaupun data-data PCE tidak banyak berubah, tetapi data perbelanjaan peribadi (Personal Spending) menunjukkan bacaan tren yang semakin menurun sekaligus memberi risiko kurangnya tekanan inflasi dalam beberapa bulan akan datang.
Secara keseluruhan, data kali ini masih dilihat memberi kesan negatif kepada inflasi dengan kurangnya tekanan terhadap inflasi di Amerika Syarikat.
US dolar bergerak perlahan selepas data ini dikeluarkan apabila dilihat kepada pasangan matawang EURUSD dan GBPUSD. Namun, emas mengukuh dengan signifikan dan begitu juga dengan Yen.