Harga pengguna UK naik 0.4% pada Mac berbanding jangkaan kenaikan sebanyak 0.3% di mana data tahunan tidak berubah dari 2.3%. Kadar tahunan ini sejajar dengan jangkaan dan merupakan paras tertinggi sejak September 2013.
Inflasi teras (core-inflation) pula jatuh kepada 1.8% dari 2.0% sebelum ini, manakala jangkaan pasaran ialah kenaikan 1.9%.
Dari segi bulanan, terdapat tekanan kenaikan kepada harga makanan dan minuman dan juga harga pakaian. Tekanan ini diseimbangkan dengan kejatuhan dalam kos pengangkutan berikutan harga bahan api yang turut jatuh.
Dari segi tahunan, terdapat tekanan kenaikan kepada inflasi dalam semua kategori yang berlaku kali pertama sejak Jun 2014. Kos pengangkutan juga meningkat dan terdapat tekanan kenaikan kepada harga perkhidmatan isirumah.
Data kali ini akan mengekalkan jangkaan kenaikan inflasi di masa hadapan. Peningkatan dalam harga pengeluar juga lebih besar daripada jangkaan 0.4% pada Mac dengan kenaikan tahunan 3.6%.
Majoriti ahli Bank of England (BoE) akan meneliti perkara ini di mana kenaikan kadar inflasi disebabkan faktor kelemahan Sterling dengan jangkaan kenaikan inflasi adalah sementara.
Secara keseluruhan, data kali ini akan memaksa BoE untuk meneliti perkara ini sebelum menaikkan kadar faedah, tetapi ia dijangka tidak akan berlaku dalan jangka pendek.
Matawang Gbp menguat sejurus data ini dikeluarkan pukul 4.30 petang tadi, dengan Gbp/Usd naik hampir 40 pip dari 1.2406 kepada 1.2444. Ketika ini Gbp/Usd didagang disekitar 1.2415.