Kerajaan Malaysia akan terus mengawal harga barangan asas untuk menghalang kenaikan inflasi, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.
Johari mengatakan kawalan ini tidak mengambil kira barangan berkaitan komoditi seperti minyak mentah. Dalam konteks ini, barangan berkaitan minyak mentah adalah bahan api petrol dan diesel.
“Beberapa barangan adalah dipengaruhi oleh faktor luaran seperti harga minyak mentah yang mana diluar kawalan kita. Kita tidak boleh mengawal harga barangan yang berkaitan dengan komoditi,” kata Johari kepada wartawan selepas majlis pembukaan Global Offset and Countertrade Association Asia Pacific Conference 2017.
Jumaat lepas, Jabatan Statistik menyatakan peningkatan harga pengguna yang dikira menggunakan (consumer price index, cpi) kepada 4.5% pada Februari yang banyak disumbangkan oleh kenaikan harga pengangkutan.
Kadar inflasi ini juga adalah yang tertinggi sejak lapan tahun lepas.
Daripada semua komponen harga yang direkodkan, kos pengangkutan adalah paling banyak meningkat dengan kenaikan 17.9%, manakala harga makanan dan minuman naik 4.3%.