Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengakhiri 2016 dengan pendapatan kasar dari pelaburan sebanyak RM46.56 billion, naik dari RM44.23 billion yang direkodkan pada 2015 walaupun dengan persekitaran pertumbuhan ekonomi global yang perlahan dan pendapatan korporat yang rendah.
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Shahril Ridza Ridzuan mengatakan kejatuhan dalam harga minyak mentah, nilai matawang lemah, pendapatan korporat yang rendah dan pemindahan modal pelaburan yang besar dari ekonomi pesat membangun ke negara maju dan matawang ‘safe haven‘ turut memberi impak kepada dana pelaburan KWSP.
KWSP mengumumkan dividen sebanyak 5.7% bagi 2016 berbanding dividen yang lebih tinggi 6.4% pada 2015.
KWSP yang mengeluarkan laporan tahunan 2016 hari ini merekodkan kenaikan simpanan 2.68% kepada RM61.59 billion berbanding jumlah keseluruhan pengeluaran RM46.80 billion yang membawa kepada kemasukan bersih sebanyak RM14.79 billion.
Dalam majlis sama Shahril mengatakan akan meningkatkan pendedahan KWSP kepada pasaran global sebagai persediaan mencapai dana persaraan berjumlah RM1 trillion.
KWSP sentiasa melaksanakan pelaburan berhemah dengan mempelbagaikan pelaburan dalam kelas aset yang berlainan selain mengambilkira faktor georafi dan matawang.
Katanya ketika pasaran domestik dijangka kurang memberangsangkan, strategi kepelbagaian dalam pelaburan KWSP membolehkan dana pekerja terbesar negara ini menjana keuntungan daripada pasaran lain.