Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:
- Donald Trump akan meningkatkan perbelanjaan ketenteraan sejak peperangan Iraq dan Afghanistan, yang mana beliau mahu menambah $US 54 billion bagi memerangi ancaman bahaya kepada dunia. Pihak Financial Times melaporkan Trump merancang untuk meminta dana tambahan hampir 10% kepada Kongress.
- Amerika ketika ini mengetuai perdagangan dunia, tetapi ‘ia akan semakin berkurang’ beberapa tahun akan datang, menurut Jeff Immelt. Katanya, “Kita dalam era di mana beberapa andaian asas tentang ekonomi global sedang diuji”.
- Indeks Dow Jones mencapai paras tertinggi terbaru dalam masa 12 hari berturut-turut pada Isnin. Tetapi seperti yang telah direkodkan pada Jumaat, kenaikan kali ini hanya mencatatkan kenaikan 0.1% semasa pasaran ditutup semalam.
- Indeks saham Asia pula ditutup lebih tinggi hari ini, dengan indeks Nikkei turut meningkat selepas kenaikan indeks ekuiti di Amerika. Nikkei naik 0.09%, manakala di Hong Kong, indeks Hangseng susut 0.35% dan Indeks Shanghai naik 0.19%.
- Emas mula meneruskan junaman dalam sesi Asia pada Selasa apabila pasaran mula menimbulkan desas-desus mengenai kenaikan kadar pada bulan depan. Semalam, dagangan logam ini berundur hampir 3.5 peratus sementara pasaran menunggu pengumuman agenda ekonomi dari Trump mengenai pembaharuan cukai, perbelanjaan infrastruktur dan dasar luar.