Menurut Perdana Menteri Theresa May, serangan pengganas di Westminster tidak akan menghentikan Britain daripada meneruskan apa yang telah dirancang.
Serangan yang mengorbankan kira-kira lima nyawa termasuk seorang anggota polis, dan 40 yang lain cedera itu tidak akan menghalang rutin normal dan persidangan di Parlimen pada Khamis.
Penyerang nekad itu memandu kereta di pejalan kaki Westminster Bridge dan membunuh dua orang sebelum merempuh parlimen dan cuba untuk memasuki kompleks dengan bersenjatakan pisau.
Serangan keganasan yang paling teruk sejak 2005 itu berlaku di tanah British seminggu sebelum May mencetuskan Brexit dan kira-kira setahun selepas peristiwa pengeboman di Brussels.
May yang mengetuai Britain dijangka akan berunding dengan Kesatuan Eropah dan melibatkan diri dengan perbincangan yang amat kompleks setelah 40 tahun bersama-sama dengan Kesatuan Eropah.
Ketegangan yang dialami oleh Britain disaat negara sedang berhadapan dengan krisis Brexit juga mengundang solidariti dari pemimpin-pemimpin Eropah yang lain termasuklah, Canselor Jerman, Angela Merkel.
Menurut beliau, walaupun punca keganasan tersebut masih tidak jelas, Jerman akan bersatu di belakang Great Britain bagi memerangi keganasan.
Peningkatan Inventori Global Ini Amat Merisaukan Sektor Oil & Gas