Federal Reserve dijangka mengekalkan kadar faedah pada 1.25% dalam mesyuarat dua hari FOMC yang berlangsung sejak semalam. Namun begitu, para pelabur berharap bank pusat dapat menjelaskan lebih lanjut tentang hala tuju polisi mereka pada separuh kedua tahun ini.
Keputusan dari mesyuarat ini akan di keluarkan pada jam 2 pagi (Malaysia) nanti di mana para pelabur juga akan meneliti tentang butiran-butiran yang akan di keluarkan oleh bank pusat mengenai pengecilan panyata imbangan yang berjumlah $4.5 trillion.
The Fed telah membeli bon-bon US sejak 6 tahun lalu selepas Program Pelonggaran Kuantitatif (QE) di perkenalkan di mana kadar faedah di kawal pada paras yang rendah bagi meningkatkan pinjaman sekaligus kearah pertumbuhan ekonomi yang lebih positif selepas krisis kewangan 2008.
Bank pusat menjelaskan, peningkatan kadar faedah mungkin perlu dihentikan seketika di sebabkan oleh jumlah penyata imbangan yang besar. Untuk rekod kadar faedah telah dinaikkan oleh bank pusat dua kali tahun ini.
Penganalisis pasaran dari Morgan Stanley meramalkan The Fed mungkin akan menaikkan kadar faedah pada bulan Desember ini jika tiada perubahan pada bulan September nanti.
Namun begitu, laporan kadar inflasi yang lemah menyebabkan keraguan, adakah penggubal polisi (bank pusat) dapat meneruskan rancangan kenaikan kadar faedah untuk kali ketiga tahun ini atau sebaliknya.
Kadar Inflasi tahunan US di lihat meningkat sedikit kepada 1.6% pada bulan Jun jika di bandingkan data pada Oktober tahun lepas. Namun, kadar tersebut semakin menurun jika di bandingkan dengan data inflasi tahunan pada Februari 2017 yang mencecah 2.7%.
Perkembangan ekonomi US di jangka bergerak perlahan pada tahun ini dan tahun depan. Jadi jangkaan bank pusat untuk mencapai paras inflasi 2% akan mengambil tempoh sedikit lama.