Usd/Jpy masih gagal menembusi paras 110.00 sekurang-kurangnya untuk ketika ini. Matawang Gbp masih dalam keadaan sideways khususnya Gbp/Usd.
Fokus hari ini akan tertumpu kepada data pekerjaan ADP-NFP dan minit mesyuarat The Fed. Pengerusi Janet Yellen sebelum ini dilihat konsisten dalam mengingatkan pasaran bahawa bank pusat adalah ‘data-dependant‘ (bergantung kepada data) yang telah menyebabkan US dolar melemah beberapa minggu lalu.
Ketika ini kita melihat Usd/Jpy sedang cuba menguji paras 110.00, yang banyak disebabkan oleh kejatuhan pasaran ekuiti AS baru-baru ini dan sikap mengelak risiko (risk-averse) pelabur dalam pasaran ekuiti.
Hasil bon 10-Tahun AS kini kembali ke paras 2.35% pada awal pembukaan pasaran Eropah dan sekali lagi terselamat dari kejatuhan di bawah paras 2.30%.
Mesyuarat European Central Bank, ECB bulan lalu menggambarkan pendirian yang sedikit hawkish berbanding sebelum itu yang dilihat sedikit mengancam polisi akomodatif ECB. Draghi pada Selasa memberi komen berhati-hati yang dilihat memperbaharui pendirian ‘dovish‘ ECB.
Harga kuprum (copper) meningkat lagi dan menambah permintaan kepada dolar Aussie (Aud/Usd) di 0.7540. Kenaikan yang agak perlahan ini berikutan pemulihan dalam harga komoditi besi. Begitu juga yang boleh diperkatakan kepada dolar Kanada dan minyak WTI.