Pasaran sekali lagi dikejutkan dengan tumpuan utama adalah terhadap isu Brexit. Perkembangan yang semakin positif melonjakkan matawang Sterling dan juga matawang EURO. Data ekonomi pula tertumpu kepada minit mesyuarat ECB pada jam 8.30 malam tadi. Secara keseluruhan, tiada tambahan terbaru daripada segala yang telah dibincangkan oleh Gabenor Draghi ketika persidangan ECB pada 25 Oktober lalu. Kenyataan yang digariskan adalah risiko terhadap pertumbuhan di zon Eropah namun masih dilihat seimbang dan mampu ditangani oleh ECB. Dilihat pada pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD, harga membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot semalam dan setelah berita berkenaan Brexit pada sesi pasaran Eropah petang semalam, EURO cuba melonjakkan harga dan telah melepasi paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line, namun harga kembali semula turun menyentuh paras Magic Pivot. Kemudian harga dilihat bergerak perlahan sehingga penghujung sesi pasaran New York sebelum dagangan ditutup.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan di paras Magic Pivot 1.1405 pada permulaan sesi, kemudiannya harga dilihat cuba membuat kenaikan menuju ke paras resistance 1.1430 (MagicR1). Jika harga berjaya meneruskan kenaikan, harga bakal menuju pula ke paras resistance pada 1.1460 (MagicR2) untuk menguji zon ketinggian harga sebelum ini. Dan sekiranya harga berjaya melepasi paras tersebut, ketinggian harga yang baru seterusnya berkemungkinan berpotensi untuk mencapai paras resistance 1.1485 (MagicR3).
Namun, jika harga dilihat bergerak membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1405, paras awal penurunan harga dilihat akan ke paras support 1.1375 (MagicS1). Kemudiannya, harga yang meneruskan penurunannya akan menguji pula zon RBS (resistance become support) sekitar paras 1.1350 (MagicR2). Seterusnya, harga boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 1.1320 (MagicS3) jika penurunan harga masih berlaku.
Ikuti perkembangan ekonomi dan politik di zon Eropah dan juga perkembangan Brexit untuk penutup dagangan pada minggu ini. Terus jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam analisis teknikal harian anda untuk masa akan datang.
Paras support: 1.1375, 1.1350, 1.1320.
Paras resistance: 1.1430, 1.1460, 1.1485.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI