Secara pandangan teknikal, pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY masih menunjukkan Sterling mendominasi harga berbanding Yen di mana harga dilihat membuat kenaikan sepanjang minggu lalu. Diteliti pula pada dagangan Jumaat lalu, harga yang mencapai paras ketinggian baru kemudiannya sedikit membuat penurunan menguji paras RBS (resistance become support) pada 146.600 sebelum menutup harga di sekitar paras tersebut. Matawang GBP masih dilihat positif berikutan perkembangan yang baik dalam rundingan Brexit manakala Yen didagangkan bercampur-campur dan digerakkan oleh perubahan pada sentimen pasaran semasa.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, kelihatan jarak (gap) pembukaan harga untuk dagangan minggu ini sedikit tinggi dan harga cuba membuat penurunan menuju ke paras Magic Pivot 146.750 hari ini pada permulaan sesi namun harga telah membuat kenaikan semula dan melepasi paras resistance 147.213 (MagicR1) sebelum kembali membuat penurunan semula bersambung ke sesi pasaran Eropah. Harga semasa didagangkan pada paras 147.070 setakat jam 4.22 petang. Jika harga kembali membuat kenaikan semula lebih tinggi dari paras resistance MagicR1, harga akan menuju ke paras resistance seterusnya yang dilihat berada di paras 147.723 (MagicR2). Dan sekiranya, matawang Sterling yang terus mengukuh berjaya mengekalkan lonjakan harga pada chart GBP/JPY, harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian yang baru di sekitar paras 148.186 (MagicR3).
Namun, jika sebaliknya Yen lebih mengukuh berbanding Sterling pula, harga dijangka akan membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot 146.750 dan turun ke paras support yang terdekat iaitu pada paras 146.240 (MagicS1). Kemudiannya, penurunan harga yang diteruskan akan melihatkan harga menguji paras support pada 145.777 (MagicS2) yang dilihat antara paras tumpuan harga pada chart GBP/JPY ini. Dan sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut dan masih turun ke paras lebih rendah, jangkaan destinasi tumpuan harga seterusnya adalah pada support 145.267 (MagicS3).
Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit dan juga sentimen pasaran semasa bagi memantau perubahan nilai pada kedua-dua matawang Sterling dan Yen ini. Juga lihat pada paras-paras harga pada indicator Moshed Magic Line untuk menentukan paras support dan resistance yang terbaik pada chart GBP/JPY anda.
Paras support: 146.240, 145.777, 145.267.
Paras resistance: 147.213, 147.723, 148.186.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI