Pergerakan momentum wave bagi NZD/USD masih dalam mood bullish(HL,HH,HL,HH) jika diperhatikan ketika ini dan tiada lagi tanda-tanda menunjukkan ia akan bearish secara mendadak. Dengan keadaan pasaran yang masih bullish, peluang terbaik yang boleh diperhatikan adalah ‘long’.
Jadi selagi ia tidak breakout Key Support harian iaitu 0.7250/60 ini, NZD/USD berpotensi tinggi untuk meneruskan lagi kenaikan. Dan jika breakout Key Resistance 0.7330 ini, target seterusnya yang boleh dicapai adalah 0.7364 atau lebih tinggi ke 0.7400.
Walaubagaimanapun, jika ia breakout Key Support NZD/USD berkemungkinan akan melakukan retracement penurunan ke sekitar support pada harga 0.7220.