Pergerakan harga USD/JPY akhirnya berjaya untuk breakout LH/neckline sekitar harga 111.00 yang berpotensi untuk membentuk pattern ‘double bottom’. Secara teknikal, sekiranya harga tidak breakout Key Support Zone terhampir ini, USD/JPY berpotensi tinggi untuk membentuk new HL sebelum ia meneruskan pergerakan bullish.
Target terhampir adalah ke sekitar harga 111.80 atau ke 112.14. Walaubagaimanapun, jika ia breakout Key Support Zone ini, USD/JPY akan kembali bearish. Oleh itu, penting untuk perhatikan pergerakan harga di timeframe ini samaada ia akan mulai mmbentuk wave bullish atau sebaliknya.