Satu lagi data inflasi dikeluarkan oleh Amerika Syarikat pada pukul 8.30 malam tadi. Walaupun bacaan yang dikeluarkan kurang memberangsangkan, namun tidak banyak memberi kesan signifikan kepada kelemahan US dollar. Hal ini jelas dilihat pergerakan semasa USD/JPY.
Harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat meningkat pada Jun walaupun kurang daripada jangkaan pasaran. Walaubagaimanapun, ia masih menyokong kepada kelangsungan kenaikan kadar faedah The Fed di masa hadapan.
Jabatan Buruh pada Khamis melaporkan kenaikan harga pengguna (CPI) sebanyak 0.1% yang banyak disokong oleh kenaikan harga produk gasolin. Kenaikan ini adalah lebih rendah daripada berbanding jangkaan dan bacaan sebelum ini pada Mei sebanyak 0.2%.
Jika tidak mengambil kira perubahan harga produk yang volatile seperti makanan dan tenaga, inflasi teras (Core-CPI) meningkat sebanyak 0.2% sejajar dengan bacaan bulan Mei dan jangkaan pasaran.
Dalam minit mesyuarat The Fed yang dikeluarkan pada minggu lalu mengatakan pertumbuhan ekonomi meningkat dengan lancar di mana aktiviti ekonomi berkembang kukuh dan keadaan pasaran buruh yang semakin baik.