Tumpuan terarah pada mesyuarat polisi bank pusat Australia pada hari ini dengan menyaksikan keputusan kadar faedah terus dikekalkan di paras 0.25% oleh Reserve Bank of Australia (RBA) sebentar tadi.
Keputusan tersebut telah dijangkakan oleh pasaran. Namun kenyataan oleh Gabenor Philip Lowe lebih menjadi tumpuan dengan komen-komen bernada positif.
Penurunan ketara pada angka kes jangkitan serta sekatan yang dilonggarkan untuk sektor pekerjaan bermula lebih awal mendorong kepada faktor pemulihan ekonomi.
Bank pusat tegas dengan komitmen untuk melakukan sedaya upaya untuk menyokong pekerjaan, pendapatan serta perniagaan di Australia. Tumpuan seterusnya akan terarah pada data pertumbuhan GDP Australia bagi suku pertama pada Rabu.
Bagi matawang dolar Australia, harga kekal meningkat khususnya berbanding US dolar yang masih bergerak lemah pada awal dagangan minggu ini.
Pada carta harga AUD/USD, harga telah berjaya melepasi paras resistance 0.68800 minggu lalu dengan kenaikan harian semalam mencapai sekitar 150 pips ke paras 0.68000.
Pada sesi Asia pagi ini, harga bergerak mendatar di paras ketinggian tersebut sebelum harga berjaya meneruskan lonjakan pada sesi Eropah mencatatkan paras ketinggian terbaru.
Kenaikan harga yang diteruskan dilihat akan menuju paras halangan pada dagangan Januari lalu iaitu pada 0.69300 dan mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 bulan.
Namun jika harga kembali pamerkan penurunan semula, harga akan turun melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) sebelum kembali menguji semula paras 0.66800 di zon RBS (resistance become support).
Penurunan lebih rendah akan menuju zon RBS seterusnya pada sekitar paras 0.66100 sehingga 0.65700.
Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI