Euro mengekalkan pengukuhan berbanding US dolar sehingga ke penghujung minggu ke paras tertinggi sejak Oktober 2018 pada carta harga pasangan matawang EUR/USD.
Kenaikan diteruskan untuk hari kelima berturut-turut sehingga menguji paras 1.16000 melepasi paras ketinggian harga pada Januari 2019.
Pada dagangan semalam, harga dilihat cuba membuat penurunan namun kembali melonjak semula pada awal sesi New York selepas menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50).
Turut mendorong kenaikan harga adalah berikutan penyusutan US dolar setelah data tuntutan kadar pengangguran Amerika Syarikat (AS) kembali meningkat ke paras 1.4 juta berbanding jangkaan 1.3 juta.
Pada dagangan Jumaat, harga berlegar di paras ketinggian 1.16000 dan harga dilihat cuba untuk meneruskan kenaikan pada sesi Eropah susulan data yang diterbitkan.
Data PMI pembuatan dan perkhidmatan Jerman meningkat lebih tinggi melepasi paras 50 yang menunjukkan pengembangan ekonomi bagi ekonomi terbesar di Eropah itu.
Menyusul data PMI pembuatan dan perkhidmatan zon Eropah seterusnya turut memberikan bacaan angka yang meningkat menunjukkan perkembangan baik buat ekonomi Eropah.
Destinasi kenaikan harga seterusnya berkemungkinan akan menuju paras ketinggian sehingga 1.18000 yang merupakan paras rintangan harga untuk dagangan September 2018.
Namun jika sentimen pasaran berubah dan menyebabkan harga kembali menjunam, paras tumpuan akan diperhatikan pada 1.15000 sebelum penurunan lebih rendah ke zon RBS (resistance become support) pada 1.14500.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI