Dilihat harga emas kembali membuat kenaikan semula di atas paras $1800 pada Jumaat lalu dengan kenaikan pada carta harga XAU/USD.
Risiko gelombang baru Covid-19 menjadi faktor untuk harga emas terus meningkat berikutan permintaan terhadap aset safe-haven.
Pergerakan harga mendatar dalam julat sekitar 250 pips sejak 2 minggu yang lalu setelah kenaikan tertinggi dicapai pada 8 Julai mencecah paras 1818.00 iaitu paras tertinggi sejak 2011.
Harga yang kembali bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga berkemungkinan akan kembali menyambung trend bullish.
Namun zon resistance yang masih gagal ditembusi sejak 2 minggu lalu akan terus diuji.
Perkembangan kes jangkitan Covid-19 dengan penularan yang membimbangkan terutamanya di Amerika Syarikat (AS) akan terus dipantau. Kes jangkitan seluruh dunia kita telah mencecah 3.7 juta.
Sementara, faktor yang akan memulihkan keyakinan dalam pasaran serta menekan semula harga emas adalah perkembangan penghasilan vaksin yang dilihat menjadi penggerak utama pasaran pada minggu ini.
Berkemungkinan harga emas akan melonjak mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak 2011 jika berjaya melepasi zon resistance minggu lalu.
Namun jika harga kembali membuat penurunan, paras tumpuan harga adalah sekitar zon 1787.00 yang merupakan zon RBS (resistance become support).
Lihat gambar carta pasangan matawang XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI