Sehingga hari ini tiada siapa memiliki idea siapa sebenarnya pengasas Bitcoin (BTC), Satoshi Nakamoto, malah dikaitkan identiti misteri ini merupakan Paul Calder Le Roux.
Ketika peminat BTC masih curious dengan lokasi individu tidak dikenali ini di London, sedar atau tidak Nakamoto telah memberi pesanan terakhirnya sebelum menghilangkan diri pada 2010.
Menerusi untaian (thread) di forum bitcointalk.org bertajuk, “Tambah beberapa had DoS, buang mod selamat”, Nakamoto menekankan bahawa masih terdapat banyak urusan yang perlu diselesaikan melibatkan DoS.
Jelasnya lagi, perisian yang dibangunkan ketika itu merupakan versi 0.3.19, masih longgar ketahanannya dari serangan DoS dan mencadangkan untuk menambah lagi beberapa kawalan DoS.
Nakamoto dilihat aktif berinteraksi dengan peminat Bitcoin untuk dua minggu pertama Disember 2010 dan timbul persoalan besar apabila pengasas matawang itu bernada sedih melalui satu mesej, sehari sebelum hilang dari radar:
“Mungkin lebih baik jika perhatian ini berlaku dalam konteks lain. Wikileaks telah menjolok sarang lebah dan pasukan itu menyerang kami.”
Rupanya Wikileaks telah mendedahkan usaha Nakamoto kepada dunia, menimbulkan kebimbangan jika kontroversi itu akan menyebabkan Bitcoin menjadi sasaran pemerintah Amerika Syarikat (AS) setelah memaksa firma besar seperti Visa, Mastercard dan Paypal menyekat organisasi tersebut.
Nakamoto jelas mengharapkan projek Bitcoin berkembang secara berperingkat dan pada masa yang sama perisiannya diperkukuhkan sepanjang pertumbuhan ekosistem matawang kripto itu.
Namun sebaliknya berlaku apabila Wikileaks muncul terlalu awal menyebabkan dalang di sebalik penubuhan raja kripto terganggu dan sign off.
Sebelum ini berlaku satu pemindahan Bitcoin bernilai lebih dari $11 juta mencetuskan pelbagai andaian jika transaksi itu dilakukan oleh Nakamoto.