Menjadi tumpuan utama pada sesi Eropah semalam adalah keputusan mesyuarat bank pusat England (BOE) yang menyaksikan penurunan ketara bagi matawang Pound Sterling di sesi pasaran US.
BOE telah mengekalkan kadar faedah di paras terendah 0.10% dan Gabenor Andew Baily menyatakan keputusan untuk kadar faedah negatif adalah tidak bersesuaian.
Penggubal polisi sepakat dengan undian 8-1 untuk meningkatkan pelonggaran kuantitatif (QE) dari jumlah £100 bilion kepada nilai £745 bilion seperti yang telah dijangkakan.
Susulan keputusan mesyuarat diumumkan, dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD melonjak sekitar 60 pips dari paras 1.25000 namun tidak berjaya melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Harga kemudian menjunam semula sekitar 140 pips ke paras 1.24000 mencatatkan paras terendah mingguan terbaru.
Penurunan harga turut didorong oleh pengukuhan US dolar dalam suasana pasaran yang berisiko disebabkan kebimbangan terhadap gelombang penularan virus terbaru.
Harga dilihat akan turun ke paras sekitar 1.23600 yang merupakan zon RBS (resistance become support). Penurunan lebih rendah akan menuju pula paras tumpuan sekitar 1.22500.
Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras 1.25000 akan diuji yang menjadi zon SBR (support become resistance) yang baru.
Kenaikan sehingga melepasi zon tersebut dan juga halangan MA50 akan melihatkan harga kembali menuju semula zon SBR sekitar 1.26500.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI