Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bakal mengikut jejak langkah India untuk menyekat aplikasi sosial media, TikTok.
Pegawai pentadbiran AS melahirkan kebimbangan susulan wujud dakwaan TikTok menjual data pengguna kepada kerajaan China.
Trump membidas tindakan TikTok dan beberapa syarikat teknologi utama yang cuai dalam menjaga keselamatan data pengguna.
Senator Republikan, Josh Hawley mahu rang undang-undang yang melarang penggunaan aplikasi berkenaan pada telefon pintar yang disediakan untuk penjawat awam, dilaksanakan.
Jelas Hawley pada Mac lalu, TikTok adalah risiko keselamatan utama terhadap AS dan ia tidak sepatutnya dimuat turun dalam sebarang peranti kerajaan.
Ahli-ahli Parti Kongres juga menyatakan kerisauan terhadap aplikasi dimiliki oleh China itu.