Filecoin (FIL) menyaksikan lonjakan nilai lebih 29% sejak semalam kepada harga $118.59 pada hari ini dan nilai pasarannya meningkat lebih 23% kepada $11.9 bilion.
Filecoin merupakan sebuah teknologi penyimpanan data atau dokumen, menyerupai Google Drive dan Dropbox tetapi bercirikan desentralisasi.
Pergerakan positif yang direkod oleh FIL bermula pada 31 Ogos, ketika harganya $70.27. Pada Jumaat, nilai aset ini meningkat kepada $78.94, sebelum sekali lagi melonjak ke paras $96.67 pada Sabtu.
Sedia maklum Filecoin berasaskan IPFS (InterPlanetary File System), sebuah perkhidmatan hosting web desentralisasi yang dibangunkan oleh Protocol Labs.
Lambakan projek non-fungible token (NFT) sudah mula menerbitkan JPEG mereka di IPFS kerana cirinya yang lebih desentralisasi berbanding sistem hosting biasa.
Pada Mei, Filecoin telah mengumumkan perkhidmatan percuma – NFT.Storage yang ditawarkan kepada pencipta NFT untuk menyimpan NFT mereka dan mana-mana metadata sesuai di Filecoin.
Ketika penulisan, FIL didagangkan pada $115.72. Bagaimanapun, masih jauh perjalanan harga FIL untuk menyentuh paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $237.71 yang direkod pada 1 April.