Mastercard telah mengumumkan projek kripto akan bermula dengan penukaran kripto ke fiat menggunakan stablecoin, USDC.
Mereka juga akan bekerjasama dengan beberapa syarikat lain bagi tujuan membantu pemilik matawang kripto membelanjakan aset digital di peruncitan yang menerima kad pembayaran tersebut.
Dalam pengumuman pengujian pada Selasa, dimaklumkan USDC akan bertindak sebagai perantara matawang kripto dalam wallet digital pengguna dengan matawang fiat yang akan dibayar ke pihak peniaga.
Malah, pertukaran ini jauh lebih mudah: daripada matawang kripto kepada stablecoin dan ditukarkan stablecoin kepada dolar (matawang kripto-stablecoin-fiat), berbanding matawang kripto kepada fiat secara langsung (matawang kripto-fiat).
Selain Mastercard, Visa terlebih dahulu menjalankan pengujian transaksi menggunakan USDC pada awal tahun ini.
Namun begitu, keputusan yang diambil oleh Mastercard nampaknya dalam tekanan pihak penyelia dan penggubal undang-undang terhadap sektor stablecoin.
President’s Working Group for Financial Markets pada Isnin telah mengumumkan akan mengeluarkan cadangan berkaitan peraturan stablecoin dalam beberapa bulan akan datang. Perhatian ini akan melibatkan pertumbuhan, kes penggunaan, dan risiko stablecoin.
Jerome Powell juga pada minggu lepas ada membahaskan isu ini dengan harapan undang-undang yang lebih ketat terhadap stablecoins jika mahukan aset tersebut diterap sebagai medium pembayaran.