Presiden Donald Trump mengakui untuk pertama kalinya bahawa beliau memikul beberapa tanggungjawab atas serangan ke atas Capitol AS sehingga meragut lima nyawa.
Beliau membuat konsesi itu semasa panggilan telefon dengan Republikan, kata pemimpin kongres parti, Kevin McCarthy.
Pengakuan itu dibuat ketika pemimpin itu berdepan dengan tekanan untuk dipecat setelah Demokrat di Dewan Perwakilan secara rasmi menuduhnya dengan satu tuduhan menghasut sehingga berlakunya pemberontakan.
Speaker Dewan, Nancy Pelosi memberitahu pada hari Isnin bahawa beliau akan meneruskan usaha untuk memecat Trump sekiranya Naib Presiden Mike Pence enggan menggunakan pindaan ke-25.
Namun begitu, kedua-dua usaha untuk menyingkirkan beliau lebih awal dan melenyapkan harapannya untuk bertanding lagi pada tahun 2024, mungkin akan memakan masa sehingga berminggu-minggu.
Peristiwa hitam yang menjadi detik bersejarah buat Amerika Syarikat pada 7 Januari lalu pastinya tidak akan dapat dilupakan, di mana ribuan penyokong Trump telah menyerang dewan Kongres di Capitol Hill kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya berpihak pada Presiden terpilih Joe Biden.